Tingkatkan PENDIDIKAN Anak - Anak

Cara Pembelajaran OUTPUT, ePendidikan Yang Unggul & Diiktiraf. 100% Sukatan Pelajaran Terkini Malaysia

SCORE A PROGRAM TM

Program Yang Sungguh Hebat untuk

PELAJAR YANG INGIN BERJAYA (SCORE A)

Sudahkah ANAK ANDA bersedia menghadapi PERSAINGAN PELAJARAN?
Anak adalah anugerah paling berharga yang diamanahkan Tuhan kepada pasangan suami isteri bagi menyempurnakan sebuah perkahwinan dan sebagai penyambung keturunan. Justeru itu, anak-anak perlu dididik dan dipelihara sebaik mungkin bagi menjadikan mereka Harta dan Permata. Pada masa depan, harta dan permata yang ada ini bukan saja akan menentukan maruah diri dan keluarga tetapi juga negara.

Score A Programme™menyediakan peluang untuk pelajar menjadi cemerlang di dalam pelajaran(di samping enjoy belajar) serta ibubapa membuat pelaburan untuk masa hadapan.


Bagus untuk anak-anak, daripada main game, layari web yang tidak berfaedah..Bagus untuk ibu bapa juga walau sibuk tetap boleh memantau pelajaran anak-anak mereka..

Peter Drucker – Webucation adalah peluang (perniagaan) yang paling berpontesi untuk masa hadapan.

PENGENALAN

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output” iaitu kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input iaitu membaca, belajar, menghafal dan mendengar. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana cara melatih anak anda teknik pembelajaran output yang disediakan. Syarikat telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan serta keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

Score A Programme™ juga diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-

Sikap Para Pelajar:-

  • Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
  • Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
  • Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
  • Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
  • Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.

Masalah Ibu bapa:-

  • Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
  • Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
  • Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
  • Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
  • Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
  • Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
  • Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga
  • Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.


Score A Programme™ ialah program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia.


Mengikut kajian para pakar ekonomi dunia, seperti Peter Drucker, ‘Webucation’ adalah merupakan peluang perniagaan yang paling berpotensi untuk masa hadapan bahkan lebih berpotensi dari Makanan Kesihatan dan Komunikasi. Perniagaan seperti ini dikategorikan sebagai Ekonomi Matahari Terbit dimana ia mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangkamasa yang panjang.

Di Malaysia pula, pada tahun 2010, Kerajaan telah mensasarkan semua sekolah menjadi sekolah Bestari dimana pada ketika itu, para pelajar akan belajar melalui laman web dan portal pendidikan seperti Score A Programme.

Sejarah Penubuhan Score A Programme™

  • Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn. Bhd.) pada tahun 1999.
  • Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.
  • R&D selama 3 tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.

  • Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A Programme™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.

  • Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.

  • Setelah mendapat keputusan yang cemerlang d an diiktiraf oleh kerajaan, pada tahun 2006, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.

Silibus

  • Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Mengandungi lebih 250,000 bank soalan yang berkualiti dan se ntiasa dikemaskini

  • Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.

Sekolah Rendah (Tahun 1-6)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
  • Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
  • Bahasa Cina

Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik (Bahasa Inggeris)
  • Sains (Bahasa Inggeris)
  • Bahasa Cina
  • Sejarah
  • Geografi

Tingkatan 4 dan 5 –(Objective Syllabus only)

Kesusasteraan:

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Sains
  • Perdagangan
  • Prinsip Akaun
  • Ekonomi Asas

Sains:

  • Bahasa Inggeris M
  • Matematik
  • Sejarah
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi

POTENSI PASARAN

  • Leverage – "Work Smart - Explosive Income"
  • Permintaan Yang Tinggi
  • Kadar Penolakan Yang Rendah
  • Anti Kemelesetan Ekonomi (Pendidikan adalah keperluan asas)
  • Pasaran Sedia Ada – 5 juta pelajar
  • Pasaran sentiasa berkembang – 500,000 pelajar baru tahun 1 setiap tahun
  • Tiada Saingan – 99% syarikat MLM bukan produk pendid ikan (spt produk kesihatan, kecantikan, penjagaan kereta & rumah)
  • Kesetiaan Pengguna
  • Pendapatan Royalti – selama 9 tahun
  • Webucation – kemuncaknya pada tahun 2010 – 100% Sekol ah Bestari
  • (Dengan menyertainya sekarang, anak/pelajar & ibubapa/kita berada di antara kelompok terawal mengambil peluang ini, baik dari segi meningkatkan pencapaian pelajaran mahu pun dari segi menambahkan pendapatan)

MAKLUMAT SYARIKAT

Kenshido International Sdn Bhd
Wisma Kenshido, No 1-1, 1-2, 1-3,
Jalan PJU 5/6, Dataran Sunway PJU 5,
47810 Kota Damansara, Petaling Jaya,
Selangor
Tel: 603-6141 8286
Fax: 603-6141 8126 / 8136

http://www.kenshido.com/ / http://www.scorea.com/

Lesen AJL (931448) dan Modal Berbayar (RM 5 Juta)

Pengiktirafan dan Penghargaan

25-8-2002 : Launching of Score A Programme™, Sekolah Wawasan, Subang jaya, Selangor, oleh Deputy Minister of Education, Y.B. Dato' Aziz Shamsuddin.

30-1-2004 : Sarawak Scholars' Night, by Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Sarawak, Y.B. Dato' Sri Haji Adenan Bin Satem.

21-7-2005 : Majlis Penyerahan Score A di Pasir Gudang, JB, oleh Menteri Usahawan Koperasi dan Pembangunan, Y.B. Datuk Mohamed Khaled Nordin.

21-9-2005 : Majlis Menandatangani Perjanjian Pendidikan Anak-Anak Kakitangan Penjara Dengan Score A, oleh Timbalan Menteri, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Y.B. Dato' Noh Bin Omar.

13-2-2006 : Program Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Parit Sulong, oleh Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Dato' Jamaluddin bin Dato' Mohd Jarjis.

25-3-2006 : Majlis Pelancaran Dan Penyerahan Portal Score A Parlimen Pagoh, oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Y.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyidddin Bin Haji Mohd. Yassin

Dan satu-satunya Portal Pendidikan yang mendapat pengiktirafan dari Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, dan PIBG Nasional.

Apakah Score A Programme™ ?

  • Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.

Apakah Pembelajaran Output?

  • Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme™.

  • Kaedah Pembelajaran Output Tradisional i.e. Buku

    • Kena periksa jawapan sendiri

    • Tidak boleh mengulang soalan

    • Tiada pemantauan masa

    • Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar, dan tidak Interaktif

Apakah Pembelajaran Input?


  • Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar perlu Pembelajaran Output.

Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?

  • Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.

Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?

  • Tidak. Score A Programme™ bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.

Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?



Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.



eTopic™
Pembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input tentang sesuatu topik bagi membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam mata pelajaran yang mereka pelajari;
Markah lulus 80% iaitu A;
Penandaan adalah serta-merta;
Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa.

eAssessment™
Latihan output secara serta merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan;
Seperti kaedah bermain game, terdapat sistem ranking yang menggalakkan persaingan sihat;
Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk pergi ke tahap seterusnya;
Penandaan dan keputusan adalah serta merta; juga
Keputusan akan dihantar ke e-Report Card dan di sms ke telefon bimbit ibubapa.


eTrial Exam™
Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar;
Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan; juga
Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.

eNational Trial Exam™
Peperiksaan percubaan secara online yang diadakan serentak di seluruh Negara.

ePast Year Exam™
Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’;
Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

eTopic™ & eAssessment™
Modul soalan berkonsepkan latih tubi & pengukuhan.
Pemeriksaan serta-merta dan kata-kata motivasi. (buku tak boleh buat ni… ibubapa pun tak selalu dapat buat ni…)
Membantu pelajar menjawap soalan dalam keadaan yang menyeronokkan.

eTrial Exam™ & ePast Year Exam™
Modul soalan berkonsepkan peperiksaan.
“Coundown Timer” berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. (buku tak boleh buat ni…)
Pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.

eProgress™
Carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic™. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka.
Ibubapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibubapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

eNotes™
Nota ringkas tetapi padat
Disediakan dari guru-guru pakar mata pelajaran
Membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat rujukan
Berkonsepkan peta minda.

eDictionary™
Khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar

eReport Card™ (Online dan sms)
Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak;
Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak;
Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa; juga
Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.

Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia
Direka untuk memberitahu ibubapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara.
Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.

Score A Programme™ – 24 jam sehari, 365 hari setahun, bila-bila masa, di mana-mana jua ! Hanya dengan satu jam sehari, anda boleh mengubah prestasi anak anda menjadi jauh lebih cemerlang, gemilang dan berkeyakinan tinggi !

Pelan Pemasaran

Gabungan 3 Jenis Bisnes Yang Sangat Hebat :

"Online Education"
+
"Online Business"
+
"Network Marketing"

Menjadikannya tiada tandingan...


3 PAKEJ AHLI / USAHAWAN

* 1 Kad Portal adalah utk penggunaan/ akses selama 3 bulan. Anda & anak anda boleh guna portal ini atau, anda boleh jual atau transfer kpd orang lain.

* Lagi tinggi pakej yang anda ambil, lagi banyak akaun yang anda dapat, bermakna lagi banyak potensi pendapatan yang anda boleh dapat terutama dari Bonus Matching.

Pendapatan – terbahagi kepada 2 kategori:
1. Fast Start Bonus (FSB) / Bonus Mingguan – Dikira berdasarkan SponsorEdu-Reward / K-Match / K-Reward / Processing Fee / Insentif Tajaan
2. Leadership Bonus (LSB) / Bonus Bulanan – Dikira berdasarkan Bonus Value



Syarikat akan bayar maksima berdasarkan kemasukan downline, bermakna jika anda ambil pakej yang kecil, anda akan dapat bonus mengikut pakej anda & bakinya akan diberi kepada upline terdekat anda yang ambil pakej yang lebih besar dari anda.

Potensi Pendapatan




Secara ringkasnya konsep pendapatan bisnes ini ialah – usaha yg anda lakukan adalah sama, tetapi hasilnya (pendapatan) berbeza bergantung kpd pakej yg anda ambil – iaitu lagi tinggi pakej yg anda ambil, lagi tinggi pendapatan anda berbanding dgn jika anda ambil pakej yg rendah.

Empat Faktor Kejayaan

1. Syarikat
Online – 24 jam sehari x 365 hari – anywhere, anytime – servis boleh dibawa ke mana-mana & pada bila-bila masa.
Lama tapi Baru – Lama sebab sudah 10 tahun (jadi syarikat kukuh & ada jaminan); Baru sebab baru 3 tahun dalam networking (dalam bisnes networking, tahun ke 3 adalah tahun yang paling sesuai utk join, di mana tahun pertama & tahun kedua merupakan tahun kepayahan, sudah berlalu).

2. Produk
Terdapat 700++ Syarikat di Malaysia yg mempunyai AJL, telah melahirkan 5,500 jutawan dlm masa 40 tahun, dgn 4 kategori produk utama berikut – Kecantikan, Kesihatan, Penjagaan Rumah, & Penjagaan Kereta, di mana kesemua produk tersebut merupakan produk sampingan.
Manakala Score A Program merupakan satu-satunya produk Pendidikan di mana pendidikan merupakan Produk Keperluan (semua makbapak nak anak score a, tidak kira dari golongan mana pun), Berkualiti (rujuk testimoni, penghargaan & pengiktirafan), Harga Murah (RM7.10 satu subjek, selepas topup RM4.70), Tidak Bermusim (spt produk sampingan di atas), Anti Kemelesetan Ekonomi (walau pun zaman gawat, makbapak tetap nak anak Score A) & Tiada Saingan.
Perniagaan dunia akhirat – kita bagi anak kita dan/atau anak orang lain, jadi pandai.

3. Pelan Pemasaran
“Payout Tinggi” – sbb ini adalah Technology Base Biz, Tiada Kos Fizikal (hanya jual nombor), Modal 1 kali, Untung Banyak Kali (Modal besar semasa develop software, now hanya buat maintenance). Contoh Astro & Biz Kad Prepaid/ Topup (Celcom, Maxis, Digi).
Pasaran sedia ada – terdapat 5 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 3; setiap tahun 500 ribu pelajar tahun 1 masuk – pendek kata pasaran sampai bila-bila lah…

4. Kumpulan
Kita di bawah Kumpulan serta Rangkaian Terbesar & Paling Berjaya di Kenshido/ Score A, Pengasasnya En. Abdul Aziz Samad berjaya mendapat pendapatan RM1.2 juta dalam masa 7 bulan !
Kita ada Sistem, Tidak bergantung kpd kekuatan individu, Sistem kita Praktikal dan Mudah di Duplikasi.
Jadi, dengan 4 kekuatan di atas – tiada sebab kita tidak boleh berjaya !!!